Saturday 22 January 2011

baru jumpa

aku lupa langsung pasal blog ni.kebetulan aja jumpa. bagus jugak.
boleh la aku muntahkan luahan perasaan aku di sini.

ada satu kegagalan besar yang aku tangung selama ni. hampir setahun sudah. akan aku perjuangkan, dan aku buktikan kegagalan itu bukanlah satu kelemahan semata-mata. tapi kegagalan yang terkandung penuh hikmah.(itu bisik hati positive aku)

realiti nya, aku masih lagi merangkak. tak pasti mampu atau tidak untuk bangun.
sejarah kegagalan membayangi aku, merangkul tak mahu lepaskan aku.*sebak*
Aku tahu aku harus terus terusan maju ke depan.walau merangkak sekalipun.

Ya Allah berikan aku kekuatan.
untuk aku terus bernafas tanpa rasa kekesalan.

Monday 27 April 2009

Gejala ponteng sekolah

Aku bukan la jenis yang suka ponteng kelas.
bukan jenis yang suka merayap kat shopping mall waktu klas.
sbb aku tau betapa penting nya lecture.
sbb aku tau, kalau aku baca perlukan masa berhari-hari untuk aku paham.
kalau lecture satu jam je habis satu bab cikgu tu ajar.

aku tau, punca utama pelajar-pelajar kantoi exam sbb habit diorang yang suka ponteng kelas.
aku tak mau kantoi mcm diorang.

tapi..

lately, aku sgt down.otak aku serabut.
aku ponteng kelas tutorial, akuponteng kuliah.
aku duduk rumah. tido..resolusi yang bodoh aku rasa.

rasa break down dekat2 nak exam ni sgt myesakkan aku.

doakan aku.

aku pohon simpati pada kamu yang terbaca entry ini.
doakan aku tabah.doakan aku kuat.

monolog

salam buat kamu y secara tak sengaja membaca blog ini.
selamat datang aku ucapkan.
aku tak pasti ini blog aku y ke berapa.
aku akan buat blog baru bila identiti aku di ketahui.
pelik kn?

aku mahu cerita segala-galanya di sini.
tanpa kamu tahu aku siapa.
aku tak kuat, untuk kamu tau siapa aku.